Sejarah Taiga Fujimura

Neneh Taiga, iaitu Raiga Fujimura, merupakan Oyabun (親分 ketua keluarga) sekumpulan yakuza yang beroperasi di Bandar Fuyuki. Seperti Shirō, Taiga telah bersekolah di Homurabara Gakuen, dan pernah menduduki kelas yang sama dengan Reikan Ryūdō, iaitu abang kepada rakan Shirō, iaitu Issei, dan seorang lagi iaitu Otoko Hotaruzuka, iaitu majikan Shirō. Taiga merupakan idola dalam kelab kendo, dan kemudian dikenali sebagai "Harimau Fuyuki" di atas kejaguhannya; jika tidak disebabkan tali berbelang harimau pada shinainya, yang telah dianggap kurang ajar (justeru dirinya dikira tidak layak untuk mengambil bahagian), telah dikatakan namanya mungkin tersebar di seluruh negara Jepun dan menjadi popular. Di sekolah, Taiga telah jantuh cinta dengan Kiritsugu Emiya, dan seringkali singgah di rumahnya untuk berjumpa dengannya; mereka berdua akhirnya menjadi kawan baik, dan Taiga seringkali menjga Shirō semasa dia masih kecil lagi apabila Kiritsugu tiada di pangkuannya.